DUA lelaki meninggal dunia selepas sebuah pesawat ringan dua tempat duduk terhempas pada pagi Ahad. Menurut polis, pesawat itu terhempas di sebuah padang di Thorganby, berhampiran Selby, Yorkshire Utara, England. "Malangnya, dua lelaki yang dipercayai juruterbang dan penumpang pesawat disahkan meninggal dunia. "Waris terdekat mereka dimaklumkan dan proses pengenalan rasmi sedang dijalankan," ujar polis. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas pukul 9.30 pagi, juruterbang dikenali sebagai Adam disahkan maut Polis turut mengesahkan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) akan menyiasat insiden tersebut. Menurut Perkhidmatan Ambulans Yorkshire, pihaknya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas meneria panggilan kecemasan pada pukul 9.50 pagi. Bagaimanapun, hanya dua individu itu terbunuh dan tiada kecederaan membabitkan mangsa lain dilaporkan. - Mirror. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube