suria

Ibu anak tiga gadai maruah demi kehidupan mewah, sanggup buat tarian bogel secara live

Pornografi adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

DEMI mengaut keuntungan, seorang suri rumah sanggup melakukan adegan tarian bogel ketika sesi penstriman langsung di aplikasi hiburan terkini.

Kegiatannya itu terbongkar selepas pasukan polis dari unit siasatan siber di Sukabumi Kota, Indonesia membuat pemantauan di aplikasi tersebut.

Menurut Ketua Polis Sukabumi Kota, AKB Rita Suwadi, wanita berusia 28 tahun itu juga merupakan pempengaruh media sosial dan terkenal di laman Instagram.

Ujarnya, dia ditahan bersama dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun yang bertindak sebagai pentadbir bahagian kewangan serta pembayaran kepada hos penstriman.

"Kesemua mereka ditahan berkaitan pornografi yang mana pelaku mempamerkan aksi tarian bogel bersama adegan seksual menggunakan alat bantuan dildo secara langsung di aplikasi," katanya pada Isnin.

Tambah Rita, suri rumah tersebut merupakan ibu kepada tiga cahaya mata dan masih mempunyai suami.

"Pada masa ini, suaminya hanya tahu dia sering menyertai aplikasi tersebut dan sekadar menjadi TikTokers dan selebriti Instagram kerana pengikut yang ramai.

"Dia juga tidak menyedari isterinya turut melakukan adegan pornografi," tambahnya. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain