suria

Suka sangat tidur rumah kawan, telefon pun tak jawab! Suami cemburu akhirnya hentak kepala isteri ke lantai sampai maut

Seorang suami membunuh isterinya dalam kejadian di kediaman mereka. -Foto KhaoSod

SEORANG penghantar makanan mengaku membunuh isterinya dalam satu insiden pertelingkahan berkaitan hal rumah tangga.

Menurut pihak polis, tertuduh iaitu Thanawat Chaimongkol, 47, berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian di sebuah rumah sewa di Chang Phueak, Thailand.

Ketika disoal siasat, Thanawat memberitahu polis bahawa isterinya, Orathai Hatsakit, 44, sering berkunjung ke rumah rakan-rakannya dan bermalam di sana selama satu hingga dua hari.

Lebih mengundang kemarahan apabila Orathai juga didakwa enggan menjawab panggilan suara dan video menyebabkan suspek mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Bercerita mengenai kejadian sekitar pukul 9 malam pada Sabtu lalu itu, suspek dikatakan cuba memeluk isterinya kerana didorong rasa sayang dan rindu.

Namun, ajakannya ini ditolak si isteri dan didakwa mengancam untuk mengelar tangan sendiri sekiranya Thanawat menyentuhnya.

Tanpa menghiraukan ancaman, dia menghampiri Ornthai lalu memeluknya mengakibatkan mangsa mengelar lengan kirinya.

Berang dengan tindakan itu, Thanawat menendang isterinya sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh.

Dia kemudian mengheretnya ke ruang tamu dan menghempas kepala mangsa berkali-kali ke lantai sehingga dia terbaring tidak bergerak.

Cubaan lelaki ini menyelamatkan isterinya gagal apabila wanita itu dikatakan sudah tidak bernyawa.

Menyedari kesalahan dilakukan, dia meminta jiran untuk menghubungi polis.

Susulan kejadian, Thanawat yang sudah berkahwin dengan Orathai sejak tujuh tahun lalu menyatakan kesal atas tindakannya gara-gara didorong rasa cemburu dan alkohol. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain