AKIBAT terpengaruh filem pornografi yang ditonton melalui telefon pintar, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup merogol dan mencekik adik perempuannya sehingga maut. Lebih menyedihkan apabila perbuatan keji yang dilakukan di halaman rumahnya di Rewa, Madhya Pradesh, India itu turut dibantu ibu serta dua kakaknya yang berusia 17 dan 18 tahun. Menurut Superintendan Polis Rewa, Vivek Singh, pasukannya baru sahaja berjaya membongkarkan kes pembunuhan yang berlaku pada 24 April lalu selepas membuat siasatan ke atas 50 individu termasuk empat suspek terlibat. "Polis menahan remaja lelaki terbabit bersama ibu dan dua kakaknya. Pada masa sama, soal siasat dilakukan terhadap hampir 50 individu," katanya. Vivek berkata, soal siasat dilakukan berdasarkan bukti teknikal yang mendedahkan bahawa suspek pernah tidur di sebelah mangsa pada malam kejadian. Tambahnya, tindakan drastik itu dilakukan selepas mangsa mengugut untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada bapanya. "Suspek mencekik dan kemudian mengejut serta memaklumkan tentang kejadian yang terjadi kepada ibunya. "Bagaimanapun ibunya mendapati mangsa masih hidup sebelum tertuduh sekali lagi mencekiknya. "Pada masa sama, kedua-dua kakaknya yang tersedar semasa kekecohan berlaku bertindak mengambil posisi tempat tidur mangsa bagi mengelirukan pasukan polis," tambah polis. Bagaimanapun, katanya, kedua-dua kakak suspek mengaku melakukan jenayah mereka selepas disoal siasat. Mengulas lanjut, ujarnya, polis telah menahan keempat-empat ahli keluarga mangsa dan mengambil tindakan perundangan berdasarkan bukti siasatan. - WION news Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube