suria

Penduduk gempar penemuan mayat wanita tanpa kepala! Disyaki berkait perkara mistik

Kepala mangsa ditemukan di dalam reban ayam berhampiran rumahnya

NGERI! Polis menemukan jasad seorang wanita tanpa kepala di halaman sebuah rumah di daerah Laplae, Thailand.

Lebih mengejutkan apabila bahagian kepalanya dijumpai di dalam reban ayam yang terletak berhampiran kediaman tersebut.

Menurut ketua kampung, dia melihat mangsa dipenggal suaminya menggunakan parang pemotong daging.

Jelasnya, pada masa tersebut, dia dan jiran mangsa menghampiri tempat kejadian selepas menerima aduan tentang pertengkaran pasangan terbabit sebelum menyaksikan insiden mengerikan itu.

"Jiran pasangan itu menyatakan ada terdengar pertengkaran mulut berlaku selepas kedua-dua mereka minum alkohol bersama-sama.

"Mangsa kedengaran menjerit dan menyatakan dia tidak boleh bernafas sebelum keadaan menjadi sunyi sepi," ujarnya.

Susulan daripada itu, dia bersembunyi bagi mengelakkan diri menjadi sasaran suspek sebelum melaporkan kejadian kepada polis.

Suspek berusia 49 tahun itu kemudiannya ditahan pada Isnin dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine selain mengaku minum alkohol sebelum pembunuhan berlaku.

Sementara itu, menerusi hasil siastan, suspek mengaku melakukan pembunuhan dan memenggal kepala isterinya kerana ingin menghalau hantu bernama Phee Ka yang terkenal di Thailand.

Suspek juga mendakwa hantu tersebut telah merasuki isterinya dan berkemungkinan akan menyerangnya.

Malah suspek mendakwa, sebagai perlindungan, dia terpaksa memenggal kepala isterinya.

Dalam pada itu, polis memaklumkan suspek didakwa mengikut Seksyen 288 Kanun Jenayah kerana membunuh dengan sengaja dan berkemungkinan menerima hukuman mati, penjara seumur hidup, atau penjara antara 15 hingga 20 tahun. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain