suria

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terkorban di Iran

Ismail Haniyeh terkorban dalam serangan Israel di Tehran. -Foto Reuters

PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terkorban susulan serangan besar-besaran Israel di Tehran, Iran pada Rabu.

Perkara itu disahkan kumpulan pejuang Palestin, Hamas dalam satu kenyataan.

"Kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam 'serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Iran tidak memberikan butiran lanjut tentang bagaimana Haniyeh dibunuh.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi ia disyaki dilakukan tentera Israel, yang berikrar untuk membunuh Haniyeh dan pemimpin Hamas yang lain.

Untuk makluman, serangan kumpulan Israel terhadap Hamas direkodkan bermula pada 7 Oktober tahun lalu. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain