SEORANG lelaki berusia 42 tahun yang ditemukan mati akibat dijerut leher dalam kejadian di sebuah rumah, dipercayai dibunuh oleh kekasihnya. Siasatan polis mendapati mangsa dibunuh oleh suspek yang merupakan seorang wanita berusia 36 tahun. Mayat mangsa ditemukan di sebuah rumah di Jalan Pulau Galang, Kecamatan Denpasar Selatan, Kota Denpasar di Bali, Indonesia pada 21 Julai lalu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polis Denpasar, AKP I Ketut Sukadi, pada Rabu. "Suspek didakwa menjalinkan hubungan dengan mangsa yang sebenarnya mempunyai isteri yang tinggal di kampung "Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa. Suspek mengaku mengasarinya dengan menampar dan menarik rantai leher yang dipakai mangsa," katanya kepada pemberita, pada Rabu. Susulan itu, suspek ditahan dan berdepan dengan pertuduhan mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah atau Perkara 351 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. Terdahulu, mangsa yang ditemukan terbaring di biliknya dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube