FOTO Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerima ciuman penuh berahi daripada menteri sukannya hangat diperkatakan di media sosial. Macron, 46, dirakamkan berpelukan erat dengan Amélie Oudéa-Castéra sewaktu majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024. Oudéa-Castéra, yang juga 46, pula merangkul erat belakang kepala Macron sambil mencium pipinya, dengan kedua-duanya berpengangan antara satu sama lain. Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal boleh dilihat memandang ke arah lain ketika kedua-duanya sedang bermesra. Memetik laporan majalah Perancis, Madame Figaro, ia dipanggil sebagai 'ciuman ingin tahu', menunjukkan menteri 'jelas tahu bagaimana untuk membuat orang bercakap tentang dia'. Awal bulan ini, Oudéa-Castéra meraih perhatian apabila dia berenang di Sungai Seine di Paris, sebagai cubaan untuk meyakinkan kepada dunia bahawa sungai itu sesuai digunakan oleh atlet Olimpik. -AGENSI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube