suria

Pergaduhan 2 beranak berakhir tragedi… Bapa cekik anak gadis hingga maut, jalin cinta dengan pemuda tak sekufu

Terdapat kes jenayah berpunca daripada hubungan cinta yang tidak direstui keluarga. -Gambar hiasan

PERGADUHAN antara dua beranak berakhir dengan tragedi selepas si bapa bertindak mencekik anak perempuannya sehingga maut, didakwa kerana tidak merestui hubungan cinta mangsa.

Menurut polis, mangsa yang berusia 19 tahun, dari Gwalior, Madhya Pradesh, India menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda dari kasta lain.

Suspek dan keluarga bagaimanapun menentang hubungan cinta anak gadisnya itu.

Ketika pergaduhan tercetus pada Jumaat, suspek bertindak mencekik mangsa sehingga meninggal dunia.

Polis yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain