suria

Selepas seminggu dilaporkan hilang, mayat ketua daerah ditemukan tergantung pada pokok

Pihak berkuasa akan melakukan siasatan terhadap kes kematian untuk mengetahui puncanya. -Gambar hiasan

SEORANG ketua daerah yang dikenali sebagai Muklis ditemukan maut tergantung selepas seminggu dilaporkan hilang, lapor Detik.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Aceh Singkil, Inspektor Eska Agustinus Simangunsong, kali terakhir Muklis dilihat oleh isterinya, Tutik, pada awal pagi Jumaat.

Menurutnya lagi, ketika itu Muklis yang berpakaian t-shirt dan seluar jeans kelihatan leka bermain telefon bimbit di ruang tamu.

Namun, apabila isterinya bangun tidur pada pukul 6.10 pagi, Muklis sudah tiada di rumah.

Susulan daripada itu, Tutik menghubung ahli keluarga dan rakannya untuk mencari Mukhlis namun tidak ditemukan, sebaliknya hanya telefon bimbit lelaki itu dijumpai di siling ruang tamu.

Operasi mencari Mukhlis kemudian dilakukan pihak berkuasa yang disertai penduduk kampung.

Selepas seminggu dilaporkan hilang, mayat Mukhlis akhirnya ditemukan tergantung pada sebatang pokok oleh penduduk kampung, susulan mereka terhidu bau busuk ketika melalui lokasi berkenaan.

Penemuan mayat tersebut segera dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan keluarga mangsa kemudian menuntut jenazah untuk urusan pengebumian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain