suria

Kereta dijadikan ‘rumah’, sekeluarga santai berkelah… Ramai bimbang faktor keselamatan

Video tular memaparkan aksi berbahaya di dalam sebuah kereta.

PERJALANAN jauh memang meletihkan badan kerana terpaksa duduk lama di dalam ruang kecil sebuah kenderaan.

Melalui satu video tular di laman X, kelihatan seorang wanita bersama anaknya duduk bersenang-lenang di dalam kereta yang sudah diubah suai.

Kereta berkenaan dikosongkan di bahagian kerusi belakang sekali gus membolehkan penumpang untuk berbaring dan melakukan pelbagai aktiviti lain sewaktu kenderaan itu sedang bergerak.

Dalam video berkenaan dapat diperhatikan keluarga itu sedang duduk bersila sambil menjamu selera manakala seorang lelaki dipercayai si bapa memandu di kerusi hadapan.

"Ini namanya 'rumah' makan berjalan," demikian tertulis pada kapsyen video itu.

Bahagian belakang kereta itu turut dilengkapkan dengan tilam, bantal, dapur mini serta televisyen, sungguh kondusif keadaannya.

Walaupun begitu, menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengecam tindakan keluarga berkenaan yang dianggap membahayakan nyawa ahlinya.

"Mereka ni waktu zaman sekolah tak pernah belajar hukum fizik ke? Cukup sekali je kereta tu berhenti mengejut memang tercampak semua.

"Dengan tak pakai tali pinggang lagi, kalau terlibat kemalangan takut sangat fikir apa yang akan berlaku.

"Nak makan macam ni, pergi berkelah di luar bukan dalam kereta, ada mengapa kenapa masing-masing wajib duduk dekat kerusi waktu kereta sedang bergerak," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain