suria

Tragis! Wanita maut ditembak depan anak di luar rumah... Bekas suami, rakan sekerja jadi suspek

Insiden tembakan yang berlaku di luar rumah mangsa. Foto KhaoSod

SEORANG wanita maut di hadapan anak perempuannya berusia dua tahun dalam insiden tembakan.

Susulan kejadian itu, polis menyiasat dua motif utama, iaitu isu dengan rakan sekerja dan pertikaian dengan bekas suami.

Kejadian berlaku ketika wanita berkenaan menaiki kereta bersama anaknya di hadapan rumah mereka di Rayong, Thailand, pada Sabtu.

Polis Rayong giat memburu suspek bersenjata yang menembak mati mangsa di hadapan anak perempuannya.

Saksi melaporkan bahawa kanak-kanak itu dibiarkan ketakutan dan menangis di tempat kejadian.

Siasatan mendapati suspek menyerang mangsa yang berusia 30 tahun ketika berada di luar rumahnya dengan beberapa das tembakan dilepaskan.

Anak perempuan mangsa berusia dua tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain sudah berpisah dengan bekas suami, mangsa juga dilaporkan mempunyai konflik dengan rakan sekerja.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain