suria

Tragis! Sempat telefon isteri, lelaki ditemukan mati tergantung di tempat kerja

Seorang lelaki ditemukan mati tergantung. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditemukan mati tergantung di tempat kerja di sebuah kedai.

Kejadian berlaku di sebuah kedai cat kerusi dan almari ukiran di Desa Cileungsi, Cileungsi di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cileungsi, Kompol Wahyu Maduransyah Putra berkata, mayat lelaki itu ditemukan penduduk setempat pada pukul 5.30 petang.

Seorang saksi melihat mangsa tergantung dan sudah meninggal dunia.

"Mangsa dipercayai membunuh diri," kata Wahyu ketika dihubungi, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Wanita maut ditembak depan anak di luar rumah... Bekas suami, rakan sekerja jadi suspek

Dilaporkan, penemuan jasad mangsa selepas isteri mangsa menghubungi saksi untuk memeriksa suaminya di tempat kerja.

Sebelum mayat ditemukan, Wahyu berkata, mangsa sempat berhubung dengan isterinya yang berada di luar bandar.

"Justeru, isteri memanggil saksi untuk memeriksa keberadaan mangsa dan apabila ditemukan sudah meninggal dunia," katanya.

Ditanya sama ada terdapat masalah antara mangsa dan isteri yang menyebabkan insiden berlaku, Wahyu hanya memaklumkan bahawa kes itu kini dalam siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang surat ditemukan di lokasi kejadian kecuali telefon bimbit mangsa.

Sebagai peringata, perbuatan membunuh diri dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain