SEORANG ibu dan seorang anaknya maut ditembak dalam satu kejadian tragis di kediaman mereka. Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 62 dan 22 tahun. Cucu perempuan mangsa berusia dua tahun turut cedera dalam kejadian itu, dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Kejadian berlaku pada Sabtu malam di Bang Thorat, Daerah Mueang di Thailand. Polis Bang Thorat menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tembakan di sebuah rumah tidak bernombor di Moo 2, Mukim Bang Thorat, Daerah Mueang. Setibanya di lokasi kejadian, polis menemukan jasad kedua-dua mangsa itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Wanita maut ditembak depan anak di luar rumah... Bekas suami, rakan sekerja jadi suspek Si ibu, Buppha Priyong ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah, dengan kesan tembakan di dada, tulang selangka, payudara kiri dan hidungnya, manakala anaknya pula ditemukan berhampiran, dalam keadaan tertiarap dengan tiga kesan tembakan di belakang kepalanya. Polis menemukan tiga kelongsong peluru 9mm dari tempat kejadian sebagai bahan bukti. Suami mangsa, Boonma Thong-umphai, 83, berkata, dia dan isterinya menyewa tanah untuk ternakan udang, serta tinggal bersama seorang anak perempuan dan cucu. Dilaporkan pada hari kejadian, dua lelaki berusia 20-an dan mempunyai khaitan dengan Buppha, datang ke rumah dan melepaskan beberapa das tembakan. Menurut Boonma, dia pada awalnya mendengar lebih 20 tembakan dan menyangka mereka menembak burung. Dia memberi amaran kepada mereka untuk pergi, tetapi mereka mendakwa hanya menembak burung. Buppha kemudian ke balai polis untuk membuat laporan berhubung perkara itu. Namun sebaik pulang ke rumah, dia mendengar lebih banyak tembakan, sebelum menemukan isteri dan anak perempuannya mati serta cucu perempuannya cedera ditembak. Suspek kini diburu dan polis sedang menyiasat motif di sebalik serangan itu. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube