suria

Penghuni panik ruang tamu tiba-tiba terbakar, rakaman CCTV dedah insiden mengejutkan

Kebakaran yang berlaku daripada power bank.

GELAGAT haiwan peliharaan pastinya menghiburkan.

Namun kadang kala, pemilik akan dikejutkan dengan pelbagai insiden tidak dijangka seperti yang berlaku di Amerika Syarikat ini.

Memetik laporan agensi media tempatan, sebuah rumah hampir terbakar gara-gara tabiat seekor anjing peliharaan yang suka menggigit.

Kejadian yang berlaku di Oklahoma City itu berpunca daripada seekor anjing menggigit 'power bank' sehingga mencetuskan percikan api yang mengakibatkan kebakaran di ruang tamu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan Jabatan Bomba Tulsa (TFD), sebelum insiden berlaku, terdapat dua ekor anjing dan seekor kucing di ruang tamu.

Pada masa tersebut, seekor daripada anjing telah mengambil kesempatan atas ketiadaan pemiliknya untuk mengunyah power bank sebagai mainan.

Perbuatannya itu menyebabkan percikan api keluar seterusnya mencetuskan kebakaran dalam beberapa minit.

Walaupun rumah itu mengalami kerosakan teruk, namun keluarga dan haiwan peliharaan berkenaan berjaya keluar dengan selamat.

Insiden mengejutkan ini telah dilaporkan sebagai amaran keselamatan awam dan pihak bomba mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga bateri litium-ion daripada capaian haiwan peliharaan mahupun kanak-kanak. - Sanook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain