SEORANG wanita di Desa Wali, Maluku, Indonesia maut selepas diserang seekor buaya di Sungai Kali Wali, dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa, lapor Detik. Insiden mengerikan itu disaksikan penduduk kampung yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis dan tentera (TNI). Bertindak atas maklumat tersebut, polis dan anggota TNI bergegas ke lokasi kejadian. "Anggota TNI menembak buaya itu empat kali sehingga mati. Buaya itu menerkam mayat mangsa," kata Ketua Polis Namrole, Eka Bayu Budhiawan. Selepas buaya sepanjang empat meter itu mati, pihak berkuasa membawa naik mayat mangsa dan bangkai reptilia tersebut ke darat. Mangsa dikenal pasti sebagai Halima Rahakbauw, berusia 54 tahun. Penduduk turut membelah perut buaya tersebut dan menemukan kaki dan tangan mangsa. Seorang penduduk kampung dikenali sebagai Rustam Elyas berkata, mangsa dibaham buaya berkenaan ketika mencari kerang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube