SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Demikianlah kisahnya apabila seorang lelaki di Sumatera Selatan ditangkap kerana cuba melarikan rokok dari sebuah kedai di Palembang, wilayah Sumatera Selatan. Malah lebih menjengkelkan apabila pencuri itu sanggup berlakon sebagai seseorang dengan masalah kesihatan mental bagi melepaskan diri. Menurut pemilik kedai yang dikenali sebagai Rustity F. Baity, 65, kejadian itu berlaku sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan pada Isnin. Setelah perbuatannya berjaya dikantoikan, suspek cuba memanjat bumbung kedai bagi meloloskan diri, namun gagal apabila ramai penduduk sudah menunggunya di sekeliling kawasan. Apabila menyedari sudah tiada jalan keluar, suspek cuba menyamar sebagai orang kurang siuman dengan berlari dalam pusingan di atas bumbung kedai tersebut. Setelah seketika, suspek akhirnya tersadung dan akhirnya dari bumbung, dia seterusnya dibawa ke balai polis. "Ini kali pertama suspek mencuri," kata seorang penduduk. - Detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube