suria

Bungkusan aneh di pantai, pengunjung terkejut tengok isi kandungan! Ada gambar wanita dan objek pelik lain

Bungkusan di sebuah pantai yang menjadi bualan hangat media sosial.

ILMU hitam masih lagi diamalkan walaupun zaman sudah moden.

Hasad dengki yang bersarang di hati mampu mendorong seseorang itu untuk mendambakan kejatuhan seterunya.

Begitulah kisahnya apabila seorang pengunjung pantai terkejut susulan menemukan gambar wanita dan beberapa objek misteri di dalam bungkusan plastik yang dihanyutkan ombak

Kejadian dipercayai berlaku di persisiran pantai sekitar Banyuwangi, wilayah Jawa Timur, Indonesia ketika orang ramai sedang beriadah untuk menikmati keindahan laut.

"Pengunjung di Pantai Trianggulasi, Alas Purwo menemukan bungkusan daun pisang berisi bunga dan gambar wanita," jelas satu hantaran di laman Instagram.

Menerusi hantaran video tersebut, kelihatan bungkusan plastik terdampar di tepi pantai, pada mulanya disangka sebagai sampah tetapi ternyata mempunyai isi kandungan yang menyeramkan.

Plastik tersebut di dalamnya diperhatikan mempunyai gambar seorang wanita, cermin, bunga, telur dan beberapa objek lain yang dibalut dengan daun pisang.

Rata-rata warga maya yakin bungkusan itu dibuat dengan tujuan serong dan menggesa pemilik gambar wanita itu yang menjadi sasaran santau segera dibantu.

"Cari maklumat lanjut perempuan ni, kesian sekali dengan keadaan dia," demikian kata sebahagian warga maya. - Tegaldimo.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain