suria

Suami di penjara, wanita dakwa dirogol abang ipar hingga hamil

Mangsa rogol lazimnya akan mengalami trauma untuk jangka masa yang lama. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 20 tahun mendakwa dirogol oleh abang iparnya sebanyak lima kali, sehingga dirinya kini hamil dua bulan.

Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia, lapor Detik.

Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Polis Bone, Inspektor Rayendra Muchtar berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan awal selepas menerima laporan daripada mangsa, namun menurutnya, unsur rogol tidak ditemui.

Rayendra menambah, kes berkenaan lebih menjurus kepada hubungan suka sama suka.

Bagaimanapun katanya, dakwaan tersebut tidak dapat disahkan kerana laporan polis perlu dikemukakan oleh suami wanita berkenaan.

Difahamkan, suami wanita tersebut kini berada di penjara kerana kes dadah.

Sementara itu, berdasarkan pengakuan mangsa, abang iparnya melakukan perbuatan tersebut di rumah mentuanya kerana mereka tinggal serumah.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain