suria

Padah bergurau mahu serang sekolah, budak lelaki berusia 11 tahun ditahan… Senjata turut dirampas

Carlo 'Kingston' Dorelli ditahan selepas membuat 'prank' ugutan terhadap dua sekolah. -FotoFacebook/Mike Eastwood

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun dari Florida, Amerika Syarikat ditahan selepas membuat ugutan palsu merancang mahu melakukan serangan terhadap dua sekolah lain.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai jenis senjata termasuk yang palsu selepas Carlo 'Kingston' Dorelli menunjukkan video koleksi senjatanya kepada rakan-rakan.

Antaranya pistol, peluru palsu, pisau, pedang, dan senjata lain.

Sheriff Daerah Volusia Mike Chitwood menulis dalam laman X, "Seperti yang dijanjikan. Kami baru saja menangkap seorang pelajar Sekolah Menengah Creekside yang membuat ugutan untuk melakukan tembakan di sekolahnya atau Sekolah Menengah Silver Sands. Dia telah menulis senarai nama dan sasaran. Namun dia mengatakan semuanya gurauan."

Dorelli berdepan dengan pertuduhan jenayah kerana membuat ugutan bertulis.

Polis Florida turut mengeluarkan video yang menunjukkan pegawai sedang mengiringi budak lelaki itu ke dalam penjara, dalam keadaan digari di kedua-dua pergelangan tangan dan kaki.

Penahanan berkenaan berlaku beberapa hari selepas insiden tembakan maut di Sekolah Tinggi Apalachee di Georgia, yang mengakibatkan empat kematian. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain