suria

Pemuda nekad ambil nyawa sendiri, dipercayai alami kemurungan kerana hidup sebatang kara

Pihak polis melakukan siasatan di rumah mangsa. -Foto Dimas Sanjaya/Detik

SEORANG pemuda berusia 20 tahun ditemukan maut dalam keadaan tergantung di rumahnya, dipercayai membunuh diri, lapor Detik.

Mayat pemuda yang berasal dari Telanaipura, Kota Jambi, Indonesia itu ditemukan oleh ibu saudaranya pada Selasa sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Kejadian tersebut ternyata menggemparkan penduduk di sekitar rumahnya.

Ketua Polis Telanaipura AKP Harefa berkata, polis masih menyiasat punca pemuda itu menggantung diri.

Bagaimanapun, hasil siasatan awal termasuk keterangan jiran sekelilingnya mendapati lelaki itu mengalami kemurungan hidup bersendirian kerana ditinggalkan ibu bapanya sejak bayi lagi.

"Dipercayai mangsa tertekan, kerana setakat ini aktiviti hariannya hanya bermain permainan, tiada kerja," katanya.

Tambahnya, waris mangsa enggan melakukan bedah siasat dan mahu segera menguruskan mayat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain