suria

Isteri maut jatuh laut, suami tergesa-gesa minta sijil kematian... Rupanya sudah rancang awal, tak sabar tuntut pampasan insurans nyawa

Rakaman CCTV menunjukkan situasi ketika kejadian.

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman mati kerana membunuh isterinya dengan menolak mangsa jatuh ke dalam laut dari sebuah feri.

Tertuduh dikenali sebagai Li yang berusia 47 didakwa melakukan tindakan kejam tersebut pada 5 Mei 2021 ketika mereka dalam perjalanan dari Dalian ke Yantai di China.

Mayat isterinya ditemukan 45 minit kemudian selepas Li mendakwa insiden tersebut adalah satu kemalangan.

Namun polis mula curiga apabila menyedari lokasi mangsa didakwa terjatuh adalah di kawasan blind spot (titik buta) pengawasan feri yang dilengkapi lebih daripada 200 kamera.

Bahagian lengan Li kelihatan dalam rakaman CCTV ketika kejadian.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa Li mempunyai masalah kewangan dan sering berhutang dengan kakitangannya dan pembekal di restoran yang diusahakan di Shanghai.

Li juga membeli empat polisi insurans hayat untuk isterinya dua bulan selepas perkahwinan mereka, dengan dia dinamakan sebagai penerima tunggal.

Jika isterinya meninggal dunia akibat kemalangan menaiki kenderaan, pampasan dari keempat-empat polisi itu boleh mencecah sehingga 12 juta Yuan (RM7.8 juta).

Li tertangkap ketika melanggan pelacur beberapa minggu selepas kematian isteri.

Selepas kematian isterinya, Li dengan tergesa-gesa meminta sijil kematian daripada polis dengan alasan adat tempatan memerlukan pembakaran mayat dalam tempoh tiga hari.

Siasatan polis mendedahkan bahawa Li juga baru sahaja menempah pelacur beberapa minggu selepas kematian isterinya.

Li ditangkap dan akhirnya dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain