suria

Raba penumpang wanita dalam bas, lelaki gatal merayu selepas ditendang mangsa

Seorang lelaki didakwa mencabul seorang penumpang wanita. Foto FB อยากดังเดี๋ยวจัดให้ รีเทริน์ part 7

SEORANG wanita mempertahankan dirinya dengan menendang seorang lelaki yang mencabulnya ketika menaiki bas.

Susulan kejadian pada Jumaat lalu, suspek ditahan polis.

Kejadian berlaku ketika bas yang membawa sejumlah penumpang itu dalam perjalanan dari Bang Pli ke Ekkamai di Bangkok, Thailand.

Menerusi satu rakaman, mangsa berusia 25 tahun dilihat dilihat bertengkar dengan lelaki yang berbaju hitam dan memakai topi.

Mengimbas kembali, salah seorang saksi memberitahu, mangsa menjerit meminta tolong dan menggesa penumpang lain merakam kejadian itu.

Mangsa bertengkar dengan suspek di dalam bas.

Mangsa kemudian menendang lelaki itu ketika kedua-dua mereka bertengkar.

Mangsa turut menuduh lelaki itu melakukan serangan seksual tetapi dia menafikan dakwaan itu.

Pemandu bas kemudian mengunci pintu kenderaan ketika dia cuba untuk melarikan diri.

Suspek menangis dan meminta maaf sambil merayu kepada mangsa agar tidak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurut laporan Channel 3, suspek didakwa mengikut Seksyen 278 Kanun Jenayah kerana melakukan serangan seksual terhadap seseorang berumur lebih 15 tahun menggunakan ugutan atau keganasan.

Kesalahan ini membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht (RM25,820), atau kedua-duanya sekali. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain