suria

Lebih 2 minggu hilang, wanita ditemukan tinggal rangka... Dikerat sebelum dibakar

Siasatan dilakukan di lokasi penemuan rangka manusia. Foto KhaoSod

MISTERI kehilangan seorang wanita akhirnya terjawab apabila rangka manusia ditemukan dalam keadaan mengerikan, dipercayai dibunuh kerana isu kutip hutang.

Mayat mangsa dikerat dan dibakar sebelum ditanam di belakang rumah milik satu pasangan suami isteri.

Kedua-dua mereka ditahan polis dan mengaku melakukan perbuatan itu kerana berang dengan mangsa yang merupakan pengutip hutang datang meminta hutang dibayar.

Penemuan rangka manusia itu, termasuk tengkorak dan tulang milik seorang wanita berusia 22 tahun.

Ahli keluarga melaporkan kehilangan mangsa di balai polis pada 16 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dikerat 8 bahagian! Mayat lelaki dibunuh ditemukan dalam peti sejuk beku

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dikerat 27 bahagian... Anggota badan, cebisan mayat dibuang di enam lokasi

Rangka mangsa ditemukan di pintu air sebuah kuil di daerah Mueang Nakhon Pathom, Thailand, yang mana suspek mendakwa telah membuang anggota badan yang lain.

Kali terakhir mangsa dilihat selepas keluar dari rumahnya pada 4 Mac lalu, untuk menjalankan tugas mengutip hutang.

Sepanjang 10 hari kehilangan mangsa, terdapat komunikasi yang berterusan daripada wanita itu, tetapi menolak untuk melakukan panggilan video.

Hasil siasatan polis membawa kepada penahanan suspek suami isteri berkenaan. 

Memetik laporan KhaoSod, punca kejadian disebabkan kemarahan akibat hutang, dan siasatan masih berjalan. -Agensi

 

 

Artikel Lain