suria

Pemimpin tertinggi Hamas, isteri terkorban ketika solat... Khemah dibedil peluru Israel

Kematian Salah disahkan penasihat media kepimpinan Hamas, Taher Al-Nono. -Foto Al-Jazeera

SERANGAN udara Israel ke atas Khan Younis di Selatan Gaza pada Ahad  mengorbankan seorang pemimpin politik kanan Hamas, Salah al-Bardaweel.

Isteri Salah turut dilaporkan terkorban dalam serangan udara tersebut.

Salah dilaporkan terbunuh ketika sedang mendirikan solat bersama isterinya di khemah perlindungan, demikian menurut pegawai kumpulan Hamas.

Kematian Salah disahkan oleh Taher Al-Nono, penasihat media kepimpinan Hamas, yang memberi penghormatan kepada pemimpin berkenaan dalam catatan di media sosial. 

Media pro-Hamas menyifatkan serangan tersebut sebagai satu pembunuhan dan sebahagian daripada strategi Israel untuk membenam kepimpinan Hamas.

"Darahnya, darah isteri dan para syuhada, akan kekal menyemarakkan perjuangan pembebasan dan kemerdekaan. Musuh jenayah tidak akan mematahkan tekad dan kehendak kami," kata Hamas dalam satu kenyataan.

Setakat ini Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan. -Agensi

Artikel Lain