SEORANG pengembara ditahan kerana membawa binatang yang disimpan di celah kangkangnya, ketika melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Pengimbas badan memberi amaran mengenai kehadiran objek bergerak pada lelaki berkenaan.
Kejadian berlaku di lapangan terbang New Jersey di Amerika Syarikat.
Seorang pegawai pentadbiran keselamatan pengangkutan (TSA) berkata, seekor penyu berukuran lima inci ditemukan di dalam seluar lelaki itu.
"Kami pernah melihat pengembara memasukkan pisau atau senjata lain pada badan mereka, di kasut mahupun dalam bagasi.
"Bagaimanapun, saya percaya ini merupakan pertama kali kami menjumpai seseorang yang menyembunyikan haiwan hidup dalam seluarnya," kata Pengarah Persekutuan TSA New Jersey, Thomas Carter.
Ketika disoal siasat, mereka menemukan seekor penyu yang dibalut dengan tuala biru.
Susulan pemeriksaan itu, lelaki berkenaan terlepas penerbangannya.
Anak penyu itu dirampas, dan masih tidak dipastikan sama ada ia adalah haiwan peliharaannya dan mengapa dia menyembunyikannya di dalam seluarnya. -Agensi