PENDUDUK digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi baru lahir yang dibuang di kawasan sungai.
Hasil bedah siasat menunjukkan bayi perempuan berusia kira-kira sehari ketika meninggal dunia.
"Bayi itu disyaki dibuang selepas meninggal dunia. Mayat bayi itu sudah berusia sehari sebelum ditemukan," kata polis.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Probolinggo, Iptu Zaenal Arifin pada Ahad.
Mayat bayi itu ditemukan di sungai Jalan Kerinci, Kota Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia, pada Rabu.
Hasil pemeriksaan mendapati, mayat bayi mengalami kecederaan di bahagian sulit.
Menurut Zaenal, terdapat kesan luka selepas kematian, dipercayai akibat digigit haiwan.
"Kesan cedera itu bukanlah punca kematian bayi itu.
"Polis masih mencari identiti pelaku yang membuang mayat bayi berkenaan," katanya.
Kes tersebut masih dalam siasatan polis. -Agensi