suria

Wanita tembak kakak ipar di tanah perkuburan... Berang suami tak dapat duit hasil jual tanah pusaka

Suspek menembak mangsa di kawasan tanah perkuburan.

BERANG tidak tersenarai sebagai penerima harta pusaka, seorang wanita bertindak menembak mati kakak iparnya pada 22 Mac lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di tanah perkuburan Chon Buri di Thailand ketika mangsa berusia 52 tahun sedang melakukan kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Berdasarkan hasil siasatan, suspek berusia 36 tahun mengakui dia berasa kecewa dan terkilan apabila permintaan suaminya untuk mendapatkan sejumlah RM1.3 juta (10 juta Baht) hasil jualan sebidang tanah milik keluarga tidak dipenuhi mangsa.

Malah suspek juga mendakwa mangsa  membolot seluruh hasil jualan yang dianggarkan bernilai RM6.5 juta (50 juta Baht).

Tambahan pula mangsa dilantik sebagai pengurus ladang susulan penjualan tanah itu.

Terdahulu, mangsa ditemukan maut pada pukul 6 petang dengan lima kesan tembakan di dada, belakang serta lengan kiri.

Suspek kemudiannya menyerah diri pada pihak berkuasa pada 23 Mac selain memberikan pistol yang digunakan dalam kejadian pembunuhan. -Thaiger

Artikel Lain