Ayam Goreng Kicap
Bahan :
Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar - digoreng
1 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 biji ubi kentang - dipotong dan digoreng
kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
Cara:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar, bawang, daun pandan tadi sehingga timbul bau wangi. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi mengikut citarasa anda tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam dan kentang goreng. Gaul tumisan hingga sebati.
Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Kemudian tutup api dapur dan siap untuk dihidangkan