SETIAP ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah dari segi penjagaan kesihatan dan kebersihan.
Namun, masih ramai individu kurang peka dengan perkara ini apabila selamba menyentuh, mencubit atau mengusap pipi anak orang lain tanpa izin.
Demikian situasi dialami wanita ini yang berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika dia berbelanja di sebuah pasar raya.
Dalam perkongsiannya, dia menceritakan bagaimana seorang individu tidak dikenali tiba-tiba menyapa anaknya yang berada di dalam troli sebelum bertindak mencubit pipi si kecil.
Kejadian berlaku sewaktu pengadu membeli barang di sebuah pasar raya. -Gambar hiasan
"Hari tu pergi sebuah pasar raya kemudian masa tengah keluarkan barang dari troli, letak atas kaunter nak bayar... ada akak belakang yang beratur nak bayar juga.
"Dia cakap hai dekat anak saya dalam troli lepas tu cubit pipi. Saya cuma hehe (ketawa kecil) je la," ujar pengadu tersebut.
Walaupun ketawa, wanita itu sebenarnya berasa kurang senang apabila individu asing sewenang-wenangnya menyentuh anaknya tanpa meminta izin.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan rimas sistem cop resit di premis tertentu, rasa diri macam pencuri! Pasar raya terkenal tampil jawab persoalan
ARTIKEL BERKAITAN: Padah ‘syok sendiri’, perasan diekori awek dalam pasar raya... Lelaki malu besar wanita datang tegur kesilapan
Katanya, sebagai ibu, dia sentiasa mementingkan kebersihan dan kesihatan anak, lebih-lebih lagi di tempat awam.
Tambahnya lagi, walaupun berniat baik untuk menegur atau bergurau dengan si kecil, orang ramai seharusnya lebih peka terhadap sensitiviti ibu bapa.
"Tapi sebenarnya agak tak suka la orang sentuh anak lagi-lagi kita sudah pegang banyak benda dekat pasar raya tu.
Kadang-kadang orang cuma terlebih ramah sebab mereka suka akan budak-budak.
NETIZEN
"Tangan kotor walaupun tak nampak kan kuman (pada tangan) tu. Jadi tolong la kalau jumpa anak orang lain, nak tegur boleh.
"Tapi jangan suka hati nak pegang-pegang dan cubit pipi," luah wanita itu lagi.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai, dengan warganet turut meluahkan pengalaman sama dan bersetuju bahawa perbuatan menyentuh anak orang tanpa izin perlu dihentikan.
Antara komen netizen di Threads.
Malah, ada yang mencadangkan agar ibu bapa lebih berani menegur secara baik supaya kesedaran mengenai isu ini dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
"Betul sangat! Lagi-lagi kalau pergi gerai mamak kan. Selalu pekerja datang cubit-cubit pipi. Saya tak suka sebab dia sudah pegang sana sini lepas tu nak usik-usik dan pegang anak saya.
"Tak apa... lepas keluar (pasar raya) cepat-cepat bersihkan badan anak. Kadang-kadang orang cuma terlebih ramah sebab mereka suka akan budak-budak. Kalau tak suka, lepas dia pegang terus bersihkan," atara komen netizen.