suria

Toyota Panggil Balik RAV4 Berhubung Isu Tali Pinggang Keledar

PETALING JAYA: Toyota Motor Corporation memanggil balik 500 unit kenderaan utiliti sukan keluarannya, RAV4 yang dijual di negara ini berhubung isu tali pinggang keledar.

Langkah itu dilakukan susulan keadaan tali pinggang pada tempat duduk barisan kedua. Ia turut memberi kesan kepada beberapa kenderaan Toyota dan model Lexus di Amerika Utara, Eropah, Jepun, China dan beberapa negara lain.

UMW Toyota Motor berkata, didapati tali pinggang itu tidak dapat menahan pengguna dan boleh menyebabkan kecederaan.

Sehubungan itu, pemilik RAV4 terlibat akan dihubungi supaya membawa kenderaan mereka ke pusat khidmat yang sah.

Proses berkenaan melibatkan 2.9 kenderaan yang dikeluarkan antara Julai 2005 dan Januari 1016.

Kenderaan lain yang turut dipanggil balik adalah RAV4 EV dan model Vanguard.

Untuk sebarang pertanyaan, pemilik kenderaan berkenaan di Malaysia boleh menghubungi talian tol percuma 1800-8-TOTOTA (869682).
RAV4, Toyota

Artikel Lain