suria

Kecoh Ketam Raja RM9,636

Resit yang tidak sah (kanan) dan resit yang telah diperbetulkan bagi harga ketam raja Alaska.

GEORGE TOWN: Sajian makanan laut untuk makan malam pastinya menelan belanja besar tetapi hidangan ketam raja Alaska pada harga RM9,636 dilihat terlalu tinggi sehingga ia tular di media sosial.

Sekeping gambar menunjukkan resit sebuah restoran berjumlah RM11,578.40, termasuk harga ketam yang mahal, dikongsi beribu kali menerusi aplikasi mesej telefon dan platform lain.

Malah timbul perdebatan secara dalam talian mengenai isu kekayaan luar biasa, inflasi dan nilai ringgit sehingga politik.

Tetapi pertikaian sejak Sabtu lalu berhubung kesilapan seorang juruwang.

Ketam seberat 2.2 kilogram itu sebenarnya berharga RM963. 

Bagaimanapun, juruwang berkenaan tidak sengaja termasukkan harga sebagai RM9,636 ketika waktu puncak.

Kesilapan itu dikesan dengan segera dan resit yang baharu dikeluarkan, tetapi bukan sebelum resit yang tidak sah di atas kesilapan itu diberikan kepada pelanggan, yang terlebih dahulu mengambil gambar resit tersebut dan dikongsikan di Facebook.

Tanpa disertakan kisah sebenar, ia terus tular di media sosial.

Jumlah resit yang betul adalah RM1,465.70.

Restoran berkenaan, Crab & Lobster di Straits Quay, mengirimkan beberapa gambar resit yang tersilap dan resit yang betul kepada The Star pada Isnin bagi menjelaskan mengenai perkara yang berbangkit.

"Seperti yang anda lihat pada waktu cetakan pada resit, kesilapan segera diperbetulkan.

"Kami berharap orang ramai henti menyebarkan maklumat yang mengelirukan," kata seoarang kakitangan pengurusan restoran itu yang enggan dikenali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain