PERANG siber dalam kalangan netizen sudah menjadi perkara biasa yang semakin membimbangkan. Media sosial menjadi platform utama golongan ini untuk meluahkan perasaan hingga ada kalanya mencetuskan perbalahan yang berpanjangan. Namun timbul persoalan sama ada kumpulan yang dikenali sebagai keyboard warrior ini sebenarnya berhadapan tekanan mental hingga menyebabkan mereka menggunakan media sosial sebagai medan untuk meluahkan perasaan. mStar Online mendapatkan pandangan Perunding Psikologi di Hospital Gleneagle Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh bagi mengupas mengenai isu ini.