suria

Detik Cemas Wanita Rebah Di Cerunan Ketika Mendaki Bukit Bendera

SEORANG wanita tiba-tiba rebah ketika mendaki cerunan di Bukit Bendera, Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang, pada Ahad.

Mangsa, Poh Hai Khing, 45, bagaimanapun diselamatkan sekumpulan pendaki lain yang berada di lokasi kejadian dan dibawa turun menggunakan pengusung.

Menurut salah seorang saksi, Hai Khing mengadu sakit di bahagian abdomen selain dilaporkan mengalami muntah-muntah.

Ibu kepada enam orang anak itu bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bukit Cendana, Pulau Pinang

Artikel Lain