suria

14 tukang urut ditahan, polis rampas 18 kondom

SERDANG: Polis menahan 14 wanita dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran susulan serbuan di sebuah spa hotel di Seri Kembangan, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata polis menyerbu hotel itu selepas menerima maklumat pada Khamis.

"Kami menyerbu hotel itu kira-kira pukul 2.15 pagi dan menahan 14 wanita dan tiga lelaki disana.

"Semua wanita itu dipercayai tukang urut yang bekerja di spa tersebut," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Serdang pada Khamis.

Beliau berkata polis turut merampas 18 kondom, empat tuala dan sebotol minyak urut dan wang tunai bernilai RM328.

"Kami percaya wanita itu menawarkan seks kepada pelanggan mereka dalam pakej istimewa (kos) antara RM200 dan RM500," katanya.

Beliau berkata semua wanita itu berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an serta empat berasal dari Indonesia, empat Thailand dan enam Vietnam.

Katanya, semua suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismadi berkata pihak polis telah menahan empat suspek dipercayai terlibat dalam menjual tiket loteri haram di Puchong, Serdang dan Seri Kembangan.

"Berdasarkan maklumat orang ramai, kami menjalankan beberapa siri serbuan dan menahan empat suspek kira-kira pukul 6.30 petang Rabu," katanya.

tukang urut, pelacuran

Artikel Lain