SETIAP kali tibanya musim perayaan, rakyat di negara pasti disajikan dengan variasi iklan menarik yang menyentuh jiwa. Hari Kebangsaan misalnya, ia merupakan masa yang terbaik untuk menonton video patriotik yang menyuntik elemen kecintaan terhadap negara dalam diri kita semua. Selepas kejayaan kempen pengundian video Hari Kebangsaan tahun lalu, Star Media Group sekali lagi memeriahkan sambutan ini dengan video-video patriotik yang pastinya akan membawa senyuman dan mengingatkan kita untuk sentiasa bersatu-padu. Log masuk melalui akaun Facebook, Gmail atau MyStar untuk memilih video kegemaran anda. Bersempena dengan Hari Merdeka dan Malaysia, Star Media Group menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam sambutan kali ini dan memilih iklan Hari Kebangsaan yang paling menyentuh hati. Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut: 1. Tonton: Pergi ke https://sites.thestar.com.my/nationaldayvideos2021/ dan saksikan kompilasi iklan Merdeka. Undi: Log masuk melalui akaun Facebook, Gmail atau MyStar untuk memilih video kegemaran anda. 3. Jawapan: Setelah membuat undian harian anda, jawab satu soalan mudah untuk berpeluang memenangi barangan eksklusif Star Media Group. 10 pemenang bertuah dengan penyertaan paling kreatif akan dimaklumkan melalui emel pada 1 Oktober. 4. Ulang: Anda boleh kembali dan memilih seberapa banyak iklan yang anda inginkan sepanjang tempoh kempen sehingga 16 September. Hasilnya akan diumumkan pada 1 Oktober. Imbas kod QR untuk memilih video Hari Kebangsaan kegemaran anda. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI