suria

Tahniah! Sembilan PKS dipilih peserta terbaik AmBank BizRace, lebih RM2 juta dalam genggaman

(Dari kiri) Yap, Sulaiman dan Eqhwan sewaktu pelancaran AmBank BizRace musim ketiga, tahun lalu.

ACARA berprestij yang dinanti-nantikan menyaksikan sembilan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) muncul sebagai yang terbaik dalam pertandingan AmBank BizRace musim ketiga yang memfokuskan Revolusi Industri Ke-4 (IR 4.0), Pendigitalan dan Sektor Halal.

Ia menyaksikan usaha Kumpulan AmBank secara konsisten membantu usahawan PKS memajukan perniagaan lebih jauh lagi, dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Pemilihan tiga syarikat terbaik bagi setiap trek adalah berdasarkan lebih 2,000 pendaftaran sejak ia dilancarkan pada Julai 2020.

AmBank BizRace musim ketiga menawarkan hadiah bernilai lebih RM2 juta untuk PKS yang berjaya.

Senarai pemenang AmBank BizRace musim ketiga adalah seperti berikut:

AmBank BizRace 3: Revolusi Industri Ke-4 (IR 4.0)

1. Juara: Comebest Malaysia Sdn Bhd

2. Kedua: LTP Engineering Sdn Bhd

3. Ketiga: Mayflax Sdn Bhd

AmBank BizRace 3: Pendigitalan

1. Juara: BloomThis Flora Sdn Bhd

2. Kedua: Matahari Sdn Bhd

3. Ketiga: Forest House Sdn Bhd

AmBank BizRace 3: Sektor Halal

1. Juara: Doluvo Sdn Bhd

2. Kedua: LM International Sdn Bhd

3. Ketiga: Ira Noah PLT

Mengambil kira penjarakkan sosial yang perlu dipatuhi dalam mengekang penularan Covid-19, AmBank BizRace buat julung kali diadakan secara digital.

Pada musim ketiga ini, lebih 200 PKS disenarai pendek dengan program pembangunan IR 4.0, Pendigitalan dan Sektor Halal.

ambank bizrace 2

Bagi trek IR 4.0 dan Pendigitalan, peserta menjalani rundingan geran secara langsung untuk menilai rancangan perniagaan dan cadangan geran mereka sebagai persediaan kepada permohonan mereka.

AmBank dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), peserta AmBank BizRace menerima lebih RM14 juta geran yang diluluskan.

Trek Sektor Halal pula bertujuan untuk membantu PKS mendapatkan pandangan tentang pasaran halal dan usaha mereka ke arah mencapai pensijilan halal.

AmBank Islamic dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan pengamal industri menganjurkan sesi pembinaan kapasiti untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan berkaitan untuk menceburi pasar halal.

Sektor halal meraih minat daripada pelbagai industri dan sektor seperti kosmetik, makanan dan minuman, farmaseutikal, pembuatan, serta logistik.

Para finalis disenarai pendek berdasarkan strategi perniagaan mereka dan kesediaan untuk menceburi bidang tumpuan masing-masing.

Panel hakim program diwakili pemimpin-pemimpin kanan AmBank, rakan kongsi utama dan pakar berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, selama bertahun-tahun, AmBank sentiasa menyokong PKS tempatan dengan menyediakan penyelesaian yang tepat kepada mereka untuk memacu perniagaan.

"Dua tahun lepas adalah tempoh sukar bagi kebanyakan perniagaan, berikutan pandemik Covid-19.

"Oleh itu, kami melakukan yang terbaik untuk membantu dan menyediakan pelbagai inisiatif buat PKS, yang bukan sekadar penyelesaian kewangan semata-mata.

"Program AmBank BizRace adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang dilancarkan Kumpulan AmBank untuk PKS adalah meningkatkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan pengetahuan, latihan dan penjenamaan serta peluang rangkaian yang disediakan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perniagaan Perbank Kumpulan AmBank, Christopher Yap pula merakamkan penghargaan kepada semua pemenang AmBank BizRace musim ketiga di atas kecemerlangan dan usaha mereka sehingga berjaya ke peringkat akhir.

"Selaras dengan tema utama, The Big Reset: Revive Your Business, AmBank BizRace, kami berharap program ini membantu mereka mengharungi pandemik dan pengiktirafan ini akan menjadi dorongan untuk mereka mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi," katanya.

ambank bizrace 3

Kumpulan AmBank secara konsisten membantu usahawan PKS memajukan perniagaan lebih jauh.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Bhd, Eqhwan Mokhzanee Muhammad, pihaknya berbesar hati dapat memainkan peranan dalam membantu PKS untuk mendapatkan pensijilan halal.

“Trek Sektor Halal membolehkan kami ‘melangkaui pembiayaan’ dengan menyokong PKS yang mahu memanfaatkan peluang pasaran baharu. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua finalis dalam AmBank BizRace.

“Kami berbesar hati dapat bertemu begitu banyak PKS berpotensi tinggi pada musim ini” tambah Eqhwan.

Nilai keseluruhan hadiah berjumlah RM2 juta pada musim ini merangkumi program pembangunan berteraskan IR 4.0, pendigitalan dan sijil halal, bimbingan geran, termasuk pendedahan media kepada peserta terpilih.

Tiga pemenang terbaik bagi setiap trek dianugerahkan dengan program pembangunan eksekutif kepada Judge Business School di Universiti Cambridge, program latihan mengenai pensijilan halal serta pakej penyelesaian media dan digital, yang disediakan oleh rakan teknologi Microsoft Malaysia dan Maxis.

Maxis dan AmBank mengadakan sebagai rakan kongsi strategik dalam memacu agenda digital negara.

AmBank BizRace dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Miti, Matrade, HDC, MDEC dan Jakim serta rakan korporat rasmi termasuk Microsoft Malaysia, Maxis dan Bosch Rexroth.

AmBank turut melibatkan PwC Malaysia bagi menilai proses dan pemarkahan pertandingan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain