suria

Anwar menghadap Pemangku Raja Pahang, mata tajam netizen nampak stokin dipakai beli di ‘kedai 2 ringgit’

Sarung kaki dipakai Anwar didakwa dibeli di kedai Eco Shop.

MENJADI figura yang disegani dan dihormati bukanlah satu perkara mudah.

Segala tindak-tanduk dan apa sahaja yang dipakai pastinya menjadi perhatian.

Begitulah yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Terbaharu, perkongsian beberapa keping gambar di Twitter rasminya ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak mata memerhati PM baharu, Anwar jawab dakwaan ‘masyuk’ sebab dilihat pakai kasut LV harga ribuan ringgit

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ’tak rileks’ Anwar pakai capal hari pertama masuk PMO... Ini etika pakaian rasmi penjawat awam yang perlu anda tahu

Salah satu foto dikongsikan oleh Ahli Parlimen Tambun ini menjadi topik bualan netizen apabila mereka mendakwa sarung kaki atau stokin dipakai Anwar dibeli di kedai serbaneka Eco Shop berharga RM2.

Sebelum ini, kasut berjenama Louis Vuitton yang dipakai Anwar didakwa berharga sekitar RM5,500 turut menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun, Anwar mendedahkan bahawa sepatu tersebut merupakan hadiah pemberian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.

Ciapan yang menjadi tular.

"Stokin kedai Eco tu.

"Menahan diri dari rasa kagum.

"La... tak sampai RM5 pun stokinnya. Tapi kenapa DSAI pakai nampak mahal," komen netizen di Twitter.

Malah terdapat netizen yang berseloroh bahawa harga sarung kaki tersebut bakal dinaikkan selepas dipakai Anwar.

Untuk rekod, hampir semua barangan dijual di kedai Eco Shop berharga RM2.40 termasuk cukai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain