suria

Tragis! Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik, mayat ditemukan terlentang dalam banjir

Tiga mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik pada Ahad.

RAKAMAN memaparkan tiga beradik perempuan yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik tular di media sosial sejak Isnin.

Dalam video itu, tiga mangsa kelihatan terlentang dalam air banjir di halaman rumah mereka sambil dikerumuni beberapa individu.

"Dukacita dimaklumkan terdapat tiga mangsa meninggal akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.

"Seorang guru (Pusat Asuhan Tunas Islam - Pasti) dan dua remaja. Al-Fatihah," tulis pemilik video yang berkongsi video berkenaan.

Difahamkan, kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, kira-kira 11.45 jam pagi Isnin..

Menurut pelayar Facebook, salah seorang daripada mereka terkena renjatan akibat memegang tiang rumah.

319848605_534405835276851_5813588059279371136_n

Netizen membanjiri media sosial untuk menitipkan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

Renjatan tersebut dikatakan turut terkena pada dua lagi mangsa yang berada di hadapan rumah.

Memetik laporan Berita Harian, ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Facebook turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan berharap banjir di Kelantan pulih segera.

"Tak sanggup tengok video. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

"Allahuakbar. Takziah buat keluarga arwah," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, warga Facebook turut menggesa agar video menyayat hati kematian tiga beradik itu dipadam segera demi menghormati keluarga mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain