suria

Polis buru individu tidak bertanggungjawab buang hiasan ayat al-Quran, mudarat perpaduan

Hiasan al-Quran yang dibuang individu tidak bertanggungjawab.

INDIVIDU yang membuang hiasan dinding bermotifkan ayat al-Quran di sebuah kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan, diburu polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, polis menemui hiasan itu di Kawasan Perindustrian Arab Malaysia berikutan laporan yang dibuat pada Selasa (27 Disember).

"Kami menerima laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan kira-kira jam 6.45 petang dan menemui hiasan di situ.

"Siasatan telah dimulakan dan sedang kami sedang mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana memudaratkan pengekalan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.

Pesalah boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Justeru katanya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubungi Insp Nor Syuhada Laftib di talian 06-790 4222.

Mat Ghani berkata, selepas berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri dan Majlis Bandaraya Seremban, diputuskan bahawa hiasan itu akan dihantar ke Pusat Dakwah Islam Paroi untuk dilupuskan dengan sempurna. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain