suria

Pelajar kolej pandu Ativa disiasat buang sampah dalam sungai

Video tular memaparkan seorang lelaki membuang sampah ke dalam sungai.

POLIS membuka kertas siasatan mengenai video tular menunjukkan seorang lelaki membuang plastik sampah ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata insiden itu berlaku pada 9 Februari berhampiran Sungai Penaga di Bandar Sunway.

"Pelajar kolej berumur 19 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 10 Februari untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan soal siasat yang dijalankan, barangan yang dibuang merupakan makanan yang telah digunakan untuk tujuan sembahyang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu, 11 Februari.

Menurutnya, siasatan masih berjalan dan jika didapati bersalah membuang sampah ke dalam sungai dari kenderaan boleh didenda RM300.

Terdahulu tular video berdurasi 35 saat itu yang dikesan menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Ativa berwarna merah dirakam membuang sampah ke dalam sungai tersebut. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain