BERITA baik! Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada rakyat dewasa yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Kementerian Kewangan memaklumkan, bantuan tersebut akan melibatkan golongan B40 dan M40. "Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40. "Ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini," menurut kementerian menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik untuk B40, M40! PM umum kredit e-tunai RM100... Penjawat awam dapat bantuan khas RM300 Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Menurutnya, kredit itu diberikan susulan kejayaan dan kesan besar program e-tunai kepada masyarakat. "Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. "Selain itu, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," kata Anwar dalam pelancaran 'Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat' pada Khamis.