suria

Bapa berada di Bangladesh, remaja perempuan maut jatuh tingkat 12 kondominium di Setapak

Remaja itu maut terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Setapak.

SEORANG remaja maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.20 malam, Selasa.

“Di tempat kejadian polis menemui mayat mangsa warga asing berusia 14 tahun di atas tanah Blok B (kondominium itu). Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik pada jam 8.40 malam.

"Dia telah berada di Malaysia selama lapan tahun dan tinggal bersama ibu dan adik perempuannya manakala bapanya kini berada di Bangladesh," tambahnya.

Siasatan mendapati mangsa terjatuh dari balkoni dan tiada tanda-tanda berlaku kecurangan.

Kes itu telah diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut.

Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental atau terfikir untuk membunuh diri boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau 019-261 5999 di WhatsApp); Pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (011-1959 8214 di WhatsApp); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929, atau pergi ke www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi, atau e-mel [email protected]). - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain