MAYAT seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah pondok usang di tapak pelupusan sampah di Kayu Madang di Telipok dekat Kota Kinabalu, pada Rabu. Seorang pemungut sampah menemukan mayat yang berulat itu kemudian memaklumkannya kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu pada pukul 12.30 tengah hari. Beliau berkata, hasil sasatan mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dan disahkan meninggal dunia lebih sehari oleh pihak hospital berikutan keadaan mayat sudah berulat. Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 30-an. “Saksi (yang menemukan mayat mangsa) tidak mengenali lelaki itu tetapi sering melihatnya mengutip sampah di tapak pelupusan sampah dan tinggal di pondok,” kata Mohd Zaidi, pada Khamis. Beliau menambah, pemeriksaan lanjut oleh unit forensik polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Menurut Mohd Zaidi, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube