suria

Penunggang motosikal tercampak 20m bawah jejambat patah rusuk, tulang belakang

Orang awam cuba membantu mangsa sebelum pasukan perubatan tiba.

SEORANG pelajar kolej terselamat meskipun terjatuh 20 meter dari jejambat di Jalan Ukay Perdana, Kuala Lumpur selepas tercampak dari motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang Ahad.

“Kejadian berlaku di jejambat pusingan U Jalan Ukay Perdana.

“Penunggang berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari Hulu Kelang menuju ke Masjid Ukay Perdana dan ketika itu menaiki jejambat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, penunggang itu hilang kawalan motosikalnya dan merempuh pembahagi sebelum terhumban keluar dari jejambat.

“Mangsa terjatuh kira-kira 20 meter namun terselamat. Pun begitu dia mengalami patah kaki, patah tulang rusuk dan patah tulang belakang.

“Dia dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan perubatan,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu perlu menghubungi penyiasat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya Insp Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-440 1093. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain