suria

Tak sensitif! Pengguna dobi layan diri didakwa biar anjing berkeliaran dalam kedai, bandingkan dengan kucing

Seorang lelaki dilihat membawa anjingnya ke dalam premis dobi layan diri.

KEBANYAKAN premis perniagaan sering meletakkan papan tanda larangan membawa haiwan masuk bagi mengelakkan kebimbangan dan gangguan kepada pengunjung.

Namun masih terdapat rakyat Malaysia yang bersikap penting diri dan tidak mengutamakan keharmonian dalam masyarakat.

Seperti yang berlaku di sebuah kedai dobi di Krubong Perdana Melaka baru-baru ini, seorang pelanggan dilihat membawa masuk anjing peliharaannya ke dalam premis berkenaan.

Individu ini turut mempertikaikan kenapa dia tidak boleh membawa masuk anjing peliharaannya.

Individu ini turut mempertikaikan kenapa dia tidak boleh membawa masuk anjing peliharaannya.

Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, anjing tersebut berada di dalam raga milik tuannya.

"Buat masa ini jangan cuci baju di sana, kedai kena samak dulu... dah maklumkan tuan kedai," katanya menerusi kapsyen video.

Pun begitu, perakam video mendakwa anjing berkenaan dilihat berkeliaran di dalam premis sebelum diletakkan di dalam raga pakaian.

Perakam video yang merupakan seorang lelaki itu kemudiannya bertindak menegur individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuci baju di dobi, kemudian ghaib! Ramai tak mahu jadi kuli, ada nak cari pahala tolong keluarkan dari mesin - “Bayangkan bra, panties kepam”

Namun pemilik anjing itu dilihat mempertikaikan teguran berkenaan dan memberikan alasan dia pernah melihat individu lain membawa kucing ke premis sama.

Video tular tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya selepas dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Ahad.

Ramai yang kecewa kerana insiden itu mencerminkan masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak memahami sensitiviti agama.

"Dia cuma tak faham sensitiviti dan dia tak tahu tak boleh bawa anjing ke tempat umum.

"Bertenang, letak signboard binatang peliharaan tak boleh bawa masuk.

"Pemilik kedai dobi kena tampal kat dinding depan besar dilarang bawa binatang dalam premis," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain