suria

Dapur meletup, dinding rumah tingkat 10 runtuh hempap 12 motosikal! Seorang lelaki melecur, dirawat di zon merah

Letupan berlaku di Apartment Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis malam.

SEBUAH rumah di Apartment Desa Tun Razak, Kuala Lumpur terbakar akibat letupan yang berpunca daripada kebocoran gas dalam kejadian pada malam Khamis.

Komander Operasi Kanan Bomba, Norasmah Alias berkata, kejadian di Blok 4, Tingkat 10 apartment itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun melecur dan 12 buah motosikal rosak.

“Terdapat seorang mangsa lelaki melecur sebanyak 30 peratus.

"Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Canselor Tuanku Muhriz dan dimasukkan ke zon merah.

“Selain itu terdapat 12 buah motosikal juga rosak akibat kebakaran itu kerana dihempap dinding daripada bahagian dapur rumah berkenaan yang meletup runtuh sebelum jatuh dan mengenai motosikal di kawasan terbabit,” katanya pada Jumaat.

Sebelum itu Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada pukul 10.59 malam, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Seramai 16 anggota lain-lain pangkat terlibat disamping pasukan operasi jentera dari BBP Sungai Besi dan jentera bantuan dari BBP Bandar Tun Razak bersama jentera FRT- 2 dan EMRS- 2,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain