SEORANG pemuda yang mengaku dirinya anak kepada 'makcik Kemboja' yang viral tampil memberikan amaran kepada netizen menerusi sebuah video di media sosial. Menurut pemuda itu, dia menganggap pengguna TikTok yang mengecam ibunya sama seperti 'anjing yang sedang menyalak'. Malah, dia turut 'menjemput' mana-mana netizen yang tidak berpuas hati agar datang bersemuka dengannya di premis perniagaan milik ibunya. "Aku cabar kau, daripada kau menyalak macam anjing dekat TikTok, aku cabar kau, kau face aku kat kilang ni. "Yang kau hina tu mak aku tau, s*al. Kalau setakat menyalak macam anjing, gong gong gong gong... Ni anak makcik Kemboja kat sini. "Aku dah tak takut dekat kau. Aku memang tak pernah takut pun dengan kau," ujarnya dalam video berdurasi pendek itu. Terdahulu, tular video seorang peniaga wanita dikenali sebagai Madame Mariyah yang menyatakan orang Melayu mempuyai sikap pemalas. Susulan itu, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia menerima kecaman hebat daripada netizen. Pada Selasa, pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor itu juga membuat permohonan maaf dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube