HARI yang ditunggu-tunggu sudah tiba! Peminat Coldplay di Malaysia pastinya teruja menantikan konsert kumpulan itu yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Rabu malam. Di sebalik keterujaan itu, seorang peminat tempatan meluahkan rasa kecewa apabila dia ditipu semasa mendapatkan tiket konsert Coldplay pada saat-saat akhir. Menerusi ciapan di laman X pada Selasa malam, mangsa yang merupakan seorang pemuda memuat naik tangkap layar perbualannya dengan seorang individu yang didakwa menipu wang miliknya. Dalam tangkap layar itu, scammer berkenaan memberi nombor akaun bank milik seorang lelaki dan turut berkongsi gambar kad pengenalan milik seorang wanita. "B*bi macam manalah aku boleh terkena. Berhati-hati semua," ciap pemuda itu. ARTIKEL BERKAITAN: Coldplay pun sokong Palestin... Anwar bincang dengan mufti isu desakan batal konsert Menerusi ruangan komen, dia mendedahkan kerugian RM228 selepas diperdaya individu itu. Dalam pada itu, ramai netizen turut menyelar tindakan scammer berkenaan, tak kurang juga meminta orang ramai berhati-hati dalam membeli tiket. "Cara dia reply (balas) pun dah tahu scammer. Orang reply bahasa Melayu dia reply full English. Bank details tak sama dengan owner kad pengenalan, "Pada yang baca ni dan belum kena scam, kalau nama penuh dan kad pengenalan tak sama dengan nombor akaun tu maknanya 99.99 peratus scammer. "Dia scammer, aku pun kena. C**ai betul perempuan ni," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube