suria

Gadis melecur lebih separuh badan disimbah asid tanpa motif! 12 individu dirakam keterangan

Gadis itu disimbah asid sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. -Gambar Facebook

SERAMAI 12 individu dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan cedera disimbah asid di kawasan Denai Alam, Shah Alam, Selangor.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol, siasatan kes itu masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek.

"Setakat ini seramai 12 individu dirakam percakapan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan, mangsa, Nadia Fasha Qistina, 19, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah klinik swasta ke rumah dengan menunggang motosikal dalam kejadian 8 November lalu.

Gadis itu kemudiannya disimbah asid oleh seorang lelaki menyamar sebagai pekerja e-hailing sebelum suspek bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 5 petang.

Susulan kejadian, bapa mangsa mengharapkan keadilan buat anaknya yang melecur 70 peratus di muka dan badan akibat disimbah asid tanpa sebarang motif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain